Isnin, 9 Mac 2015

TENTANG CINTA...


Terkenang Anna Abadi 2
Tentang Cinta


Cinta

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi.
Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu...

**kata-kata ni aku dapat dari Teratak Anna Abadi yang suatu ketika dulu menjadi tempat favourite untuk bermadah,, kini tiada lagi,, tuan punya teratak dah kembali ke jalan Ilahi,,

KETIKA HATI MENANGIS...


Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….

Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..

Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…

Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam

Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…

Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…

Nukilan:
Anna Abadi®

Rabu, 4 Mac 2015

KERANA PERPISAHAN INI...

Perpisahan ini…
Bukan berniat untuk mungkiri janji
Tapi kerna cinta kita tak mampu bersama

Perpisahan ini…
Bukan kerna kita tak setia
Tapi kerna kita tak mampu memahami
Perasaan diantara kita

Perpisahan ini…
Bukan kerna hati saling membenci
Tapi kerna tak sanggup dibelenggu rindu

Perpisahan ini…
Memisahkan cinta yang kita rasa
Bukan kerna tak mampu bertahan lama
Tapi kerna kita tak sanggup melukakan
Segala kenangan yang kita cipta

Perpisahan ini…
Demi sebuah kebahagiaan
Yang ku hadiahkan buatmu
Demi sebuah ketenangan
Agar melingkar seluruh hayatmu
Biarpun cinta hanya dijiwa
Asal bisa buat kau bernafas lega
Aku rela melepaskan ikatan yg kita bina

Perpisahan ini...
Bukanlah noktah mati cinta kita
Tapi titik mula untuk bernafas sendiri
Selagi kita saling mengingati
Cinta tetap kekal utuh dihati

Kasih….
Aku relakan perpisahan ini
Bukan kerna cinta tiada lagi
Tapi kerna tak mahu kau lebih sengsara
Diduga dan diuji takdir untuk kekal bersama

Aku doakan kau dalam sejahtera
Peliharalah diri agar bahagia sentiasa
Kerna didalam kamu telah ada aku
Derita dirimu maka menderitalah aku
Bahagia dirimu aku juga begitu
Telah ada aliran jiwa
Untuk kita saling merasa
Akan getarnya

Berjanjilah untuk ceria
Teruskan kehidupan ini segenap sanubari
Tersenyumkan dirimu untuk aku
Ketawalah untuk aku
Bernafas untuk aku
Walau ku tahu kau tak mampu
Melakukan semua sekerah dayamu

Ingati sayang..
Telah kita ukir janji untuk bertemu
Biarpun waktu itu
Tak pasti bila bakal berlaku
Tika itu….
Aku mahu melihatmu
Seperti yg aku kenal dulu
Saat kau dan aku
Mampu tersenyum dan ketawa
Kita berbicara dengan mesra
Bercerita tentang kenangan dan cinta
Yang tak pernah derita


"Apabila bersama itu melukakan
Berpisah lebih baik dari saling membenci"

Rabu, 3 Ogos 2011

Sedih

Sedih sebab puasa kat perantauan...
sedih sebab mungkin beraye kat tpt org...
sedih sebab dia x memahami...
KaLuT DiFiKiRaN...

Jumaat, 29 April 2011

hATi...tAbAhLaH...

BUKAN SENANG JADI AKU...SENTIASA DI UJI...YA ALLAH! TABAHKANLH HATI KU INI...KEPADAMU SAJALH AKU MAMPU MENGADU. MENGAPA BERULANG KALI DI UJI? PERSOALAN ITU LAH YG SENTIASA DI FIKIRANKU.
ADAKAH KERANA AKU INI BERSABAR?
ADAKAH KERANA AKU INI KUAT?
ADAKAH KERANA AKU BYK MELAKUKAN DOSA?
HANYA ALLAH TAU SEBABNYA...
DIMATA ORG, DIMATA RAKAN TAULAN,AKULAH INSAN YG KUAT MENERIMA DUGAAN TP SEBENARNYA HATIKU X SEKUAT ITU...
YA TUHAN...PELIHARALAH IMANKU, BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN TUNJUKKAN AKU JALAN PENYELESAIAN UTK SETIAP DUGAAN YG ENGKAU TURUNKAN....
AKU MASIH MAMPU BERTAHAN SEHINGGA KINI KERANA HIDAYAHMU,YA ALLAH. DAN KAU KEKALKANLH KETABAHAN HATI UNTUK SEKALI LAGI....